Friday 17 June 2011

ADAB TIDUR

Assalamualaikum kawan-kawan!!
COMEL TAK DIA TIDUR?? hihihi..

Semua orang perlukan masa untuk tidur kan..? Manusia perlu tidur setiap hari bagi merehatkan badan kita yang letih..Hari ni saya nak sharekan tentang adab-adab tidur ikut sunnah Rasulullah..Jom kita amalkan adab tidur dalam Islam seperti yang diamalkan Rasulullah s.a.w...Diantaranya adalah :
  1. tidur awal dan mengambil wuduk
  2. bangun daripada tidur lebih awal separuh malam yang kedua untuk bertahajud
  3. membaca doa sebelum tidur
  4. membaca ‘tiga qul’ iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas sebanyak tiga kali, kemudian dihembuskan bacaan itu di kedua-dua tangan dan digosok ke seluruh badan sekadar yang mampu tercapai tangan
  5. tidur atas lambung sebelah kanan
  6. mengelak daripada tidur selepas Subuh dan Asar. 
 
 Ini semua dapat mengelakkan kita daripada ngigau, mimpi yang buka-bukan dan gangguan makhlus halus.. Kalau nak tambah lagi pon boleh.. Sebab selain itu, kita juga boleh amalkan membaca ayat Qursi sebelum tidur.. Dan jangan lupa untuk mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum tidur (pesanan dari mak saya)...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...